Selasa, 28 Jun 2011

bingung..

yaAllah..hindarilah kebingungan ku ini..aq smkn sngsara bila bingung dn buntu menghatuiku..entah..
apkah salahku ? bnyk kn dosaku?..hm..yaAllah..apakah kau trima taubatku? apakah kau dgr rntihan hmbamu yg kotor jijik lagi hina ini yaAllah..apa smpaikah tahajud munajatku pd Mu?
brilah aq ptnda yaAllah..tamatknlah aq jika itu ketentuanMu..

2 ulasan:

  1. "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

    "dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

    "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

    "Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah."
    (An-Nisaa': Ayat 27-28)

    Bersabarlah...sesungguhnya Allah bersama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kau insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada dirimu. Engkaulah insan yg layak menerima rahmat dan keredhaanNya sekiranya engkau sabar dan redha..

    Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujianNya. Bersabarlah duhai hati. Sentiasa husnuzon lah dikau kpd Allah. Allah sntiasa mnerima taubat hambaNya. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhaiNya. Amin Ya Rabbal Alamin...

    BalasPadam
  2. bersabarlah farid.. ketahuilah bahawa orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang bersabar. tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman yang kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir.padahal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita hamba-Nya . tegal disebalik musibah yang menimpa, jarang kita mengintai hikmahnya..... macam yang kak kina ckap , farid perlu bersyukur kerana x semua hambaNya terpilih untuk diuji olehNya... percayalah farid bahawa Allah x kan memberati hambaNya dengan sesuatu ujian yang x mampu untuk hambaNya hadapi.. semoga segala munajat farid akan Allah beri petunjuknya... amin...

    BalasPadam